Sweet Snow

Thursday 1 December 2011

Andai Ini Takdirku .

hari-hari yang berlalu . ku rasakan begitu lambat . sehingga menyesakkan nafasku .
ku berdoa . ku berharap agar hari-hari yang kulalui ini hnyalah mimpi .
namun , harapanku membuatkanku tersenyum dan ketawa sendiri .
mana tidaknya , kerana ku tahu ianya REALITI , bukanlah mimpi seperti yang ku harapkan .
aku mesti dan pasti menerima segalanya , dan hadapi hari-hari ini dengan tabah dan dengan senyuman meskipun ianya tawar .
setawar hatiku . kadang-kadang ku terfikir . apakah hidup ini mesti ada pengorbanan ?
adakah cinta , kasih sayang , persahabatan , keluarga memerlukan pengorbanan?
dan apakah sebenarnya erti PENGORBANAN ?
 
adakah ianya ibarat buih yang kelihatannya sekejap , dan hadirnya hanyalah sebagai perhiasan sementara ?
kenapa mesti melakukan pengorbann ?
adakah pengorbann ini hanya untuk melihat orang-orang disekeliling tersenyum gembira sedangkan hati sendiri luka parah .
persoalan demi persoalan .
dan pastinya tiada jawapan .
kerana sebuah pengorbann tiada nilainya .
dan hanya orang yang benar-benar menghargai akan mengenal erti pengorbanan .
ya Allah . andai ini adalah suratan takdir untukku . tabahkanlah hatiku .
lapangkan dadaku untuk mnerima ujianMu ini . janganlah biarkan aku tersungkur lalu rebah .
janganlah biarkan aku merintih dalam kegelapan kerana aku bimbang , aku akan lupa siapa diriku .
ya Allah . ingatkanlah aku akan penderitaan , ujian-ujian yang maha hebat bagi umatMu yang terdahulu .
supaya aku akan sentiasa mampu tersenyum meskipun hatiku kian tawar .
supaya aku sedar , bahawa ujianMu ini hanyalah secebis .
mungkin satu zarah berbanding ujian-ujian pada hambaMu yang terdahulu .
 
ya Allah . aku sayangkan dia .
janganlah benarkan hatiku terus memendam luka ini .
kerana aku bimbang ia akan berubah menjadi api kebencian .
ya Allah . sesungguhnya aku amat takut akan penyakit hati , iaitu benci .
kerana ia akan merosakkan hati .
ya Allah . jadikanlah aku diantara hambaMu yang redha di atas setiap ketentuanMu .
kerana aku yakin dan pasti . La Yukallifullahu Nafsan Illa Wusa'ha . dan setiap yang berlaku
pasti ada HIKMAHnya .

 Tersenyumlah wahai diri . :-)

Jangan menangis sayang ,
Itu hanyalah ujian Tuhan ,
Hadapi semua dengan senyuman ,
Dengan senyuman . :-)



Thanks For Reading :)

No comments:

Post a Comment