Sweet Snow

Monday 22 July 2013

I Adore Her Soo Much!

assalamualaikum.

Dena Kamarul Bahrin. :)


why i adore her so much? hehe. because, even she wear shawl. but she still cover her aurah. ohh. i hope i be like her one day. so comel! *i pun comel jugak*  :D


She's already married and already have a cute baby boy named Hadif Mikail bin Khairul Ikram! As cute as her. Btw husband dia handsome. Huihui. Yang paling penting hubby dia sangat sangat sangaaat baik hati dan romantic. Seriously I said. Many people dah tengok video yang dia upload kat youtube masa husband dia nak propose. Subhanallah! So sweet :'). They never knew each other. That means they're in love after marriage. Yup, memang indah. Her husband come from a rich family but he's really not stingy as others. Sanggup hadiahkan DSLR semasa nak propose tu. Erghhh cool nyee! Nak jugakkk. DSLR is one of my wishlist. Harap-harap nanti ada lah orang yang nak kasi Ipad ke, Iphone ke, Tab ke or whatever masa nak propose saya! Ahaks! Very impossible. Eh? No lah. Nothing impossible. But that's not my main dream. As long as he loves me, it's more better and no things can replace it. Semestinya kena lah romantik macam hubby Kak Dena atau lebih dari tu. Haha!




she with her family (husband and son). muka kak dena mcm saya. yeay! *haha. perasaan jap.





see. so cute. arrghh! MELTING. -.-"
Thanks For Reading :)

Sunday 21 July 2013

Harus Kuat Kerana Aku Ada Allah.

assalamualaikum.

kaifa halukum? hidup di hari baru. membuat hati rasa syukur. sebab masih dapat bertaubat. dapat merasai nikmat Allah. walaupun setiap hari hati dan diri ditimpa ujian. tapi aku tetap bersyukur sebab Allah masih ingat padaku. Allah masih sayang. Allah masih rindu. sebab tu Allah bagi ujian kat hamba NYA yg sorang ni.

tapi aku kenal Allah. Allah mmg selalu didik hambaNYA dgn kesusahan dulu, sebelum dia datangkan kebahagiaan. sebab Allah nak kita bersyukur dgn rasa bahagia yg DIA bagi. DIA nak kita mengadu kat dia. Allah mmg sangat sweet. :) 

KITA MINTA PADA ALLAH SETANGKAI BUNGA SEGAR,DIA BERI KITA KAKTUS YG BERDURI,KITA MINTA KUPU2 DIA BERI KITA ULAT,KITA KECEWA DAN SEDIH,NAMUN TAK LAMA KEMUDIAN KAKTUS ITU BERBUNGA INDAHSEKALI DAN ULAT ITU BERTUKAR MENJADI KUPU2 YANG CANTIK.BEGITULAH CARA ALLAH MENGASIHI HAMBANYA..KERANA SETIAP YANG INDAH ITU DATANGNYA DARI YANG JALUR-JALUR SUKAR DAN RESAH


mesti penah dgr ayat tu kan. cuba perhatikan. Allah tak terus bagi apa yg kita nak. Allah bagi apa yg kite perlu. Allah bagi kita kaktus, bukan bunga indah. tapi manusia kan. sentiasa je rasa sedih sebab apa yg Allah bagi tak sama dgn apa yg kita. tapi lama kelamaan kaktus tu jadi bunga yg sangat cantik. 

cuba tgk plak pada kaktus. kaktus penuh dgn duri. dia hodoh. tak siapa yg nak pegang dia. sebab bila pegang dia. mesti sakit. tapi kaktus letakkan satu2 pengharapan hanya pada Allah. kenapa? sebab tanpa siraman air dari manusia pun. kaktus masih oleh hidup di padang pasir yg kering. :)

mcm tu la manusia. kene selalu bersyukur. ujian yg Allah bagi hari ni, apa la sangat nak dibangdingkan dgn ujian para Rasul mulia. in shaa Allah, ujian yg sikit ni akan membuat kan kita lebih matang. dan in shaa Allah, bahagia pasti akan menjelma. dgn syarat. sentiasa bersyukur, letakkan sepenuh haarapan pada Allah.

ujian yg aku dapat ni. hanya sikit. Allah cuma menguji aku dgn satu perasaan suka pada seseorang. yg aku terpaksa pendam. tak tahu sampai bila nak pendam. tapi aku selalu doa. supaya Allah satukan hati kami if dia adalah terbaik utk aku. Ameen~ :)

terima kasih ya Allah. :) 



sentiasa bersabar dengan ujian Allah. :)


Nabi solat taubat 100kali sehari. ku mohon ya Allah, terimalah taubatku. dan permudahkan urusan ku.



senyumlah wahai hati. Allah bersama mu. :) 

Harus Kuat Kerana Aku Ada ALLAH. :)

Thanks For Reading :)

Friday 19 July 2013

Aku harus kuat keranaNYA.

Assalamualaikum.

title mcm tengah sedih je kan. tak. aku tak sedih pun. cuma rasa agak tersiksa dgn perasaan yg Allah tengah uji sekarang. haa, perasaan apa tu? perasaan yg mostly human akan merasai nya. :) walau hati memberontak utk bagitahu. tapi diri harus kuat utk mengawal hati. semua tu bisikan syaitan. so beware. aku taknak sedih lagi.

taknak sedih lagi? kenapa. takot ke? bukan takot, cuma berhati hati. pengalaman banyak mengajar aku. dan masa lalu adalah guru paling hebat utk aku.

Allah pun ada pesan,
"boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - al-Baqarah : 218

so.. mungkin sekarang aku ada perasaan aneh ni. mana tahu esok lusa hilang plak ke, kan? hati kita ni kan sifat nye bolak balik. :) jalan terbaik adalah simpan perasaan ni. Allah kan ada. boleh ngadu kat Allah. Allah tahu apa yg terbaik utk hambanya.

kalau ada jodoh, dah nikah nanti, boleh luahkan kat dia. masa tu dah halal. luahkan la sepuasnyee. Allah pun redha. wahh, so sweet. hehee. *gatal*.


awakk, saya hanya boleh simpan perasaan ni kat awak. sebab saya tahu, kalau saya bagitahu kat awak ttg perasaan saya. mungkin saya akan mengganggu iman dan hati awak. so saya simpan dulu ye. in syaa Allah, tiba masa nanti saya bagitahu. tapi selepas nikah laa. kalau saya tak nikah ngan awak. makne nya takde jodoh antara kita. sabar ye awak. :) Allah tgh aturkan something utk kita. :) 


"sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka bereerti ia telah sempurna imannya" - HR al Hakim.

Thanks For Reading :)

Wednesday 17 July 2013

Bahagia Cinta Dalam Diam :)

Rasa yang tak pernah hilang, datang dan pergi sesuka hatinya, yang mendatangkan cinta, yang mendatangkan rindu, yang mendatangkan kekaguman adalah dari Nya.
Sungguh hanya bisa menerimanya dengan keindahan cinta yang terukir di hati, dengan meraih puing puing rindu, dengan jiwa yang tak tersentuh.

Mencintaimu dalam diam.
Ibarat pungguk merindukan rembulan.
Karena cinta tidak harus saling memiliki, cinta tidak harus terikat. karena cinta yang yang sebenarnya adalah cinta yang bermekaran di hati, di manapun dan bilapun selalu bersemi di taman hati.

Mencintaimu dalam diam.
Maka izinkan untuk tidak mengusik ketenangan hatimu, hanya dalam untaian doa doaku ku sebut namamu dan kusapa dirimu. Cukup buat aku tersenyum melihat kamu bahagia. Merasa jauh, tapi sangat dekat di hati, akan kututup rapat, akan ku pendam rindu ini, sampai pada saatnya nanti waktu mengizinkan pertemuan itu.

Mencintaimu dalam diam.
Meski membuat lelah, lelah karena menunggu yang tak mungkin ada, hanya bayangan semu semata.
Ingin menyandarkan lelah ini di bahumu, sambil membisikkan aku tak akan pernah merasa lelah, lelah menyayangimu meski dalam diam.

Dan aku akan mencintaimu dalam diam. Selama tak ada yang mengahapus cinta dalam diamku, aku kan bertahan dan jika aku tak kagum lagi padamu, maka aku tak kan pernah lagi menulis tentangmu.
Cuba lihat aku tak akan pernah berhenti mengukir namamu di hati.

Mencintaimu dalam diam, aku bahagia.
Menyayangimu dalam diam, aku senang.
Merindukanmu dalam diam, aku tersenyum.
Bersyukur masih di beri rasa itu meski dalam diam.



Thanks For Reading :)

Cukuplah Mencintai Dalam Diam :)

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita.

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan.

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won¡¯t touch her.
Not even the slightest bit.
You¡¯ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


¡°Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.¡±
(HR. Al-Hakim)


Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu...
Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya..
Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..amen ya Rabb..

Thanks For Reading :)

Thursday 13 September 2012

Hanya Untuk Awak !

Awak,saya mungkin seorang yang mudah bermadah cinta
tapi kata-kata cinta saya itu hanya untuk awak.

Saya mungkin seorang yang mudah menuliskan puisi cinta
tapi puisi cinta itu ikhlas dari hati saya hanya untuk awak.

Saya mungkin seorang yg mudah bergaul dgn sesiapa
tapi awak,CINTA SAYA HANYA UNTUK AWAK

Saya mungkin seorang yang tak pandai meluahkan
isi hati apabila dengan awak.
tapi setiap nukilan yang saya cipta itu adalah 
peganti isi hati saya.

Saya mungkin seorang yg kasar apabila berbicara
tapi sy akan menjadi lemah dan lembut apabila berada dgn awak

Awak mungkin bukan orang yang pertama
berkasih dan sayang dengan saya dulu.
Tapi tahukah awak bahawa awak adalah orang yang pertama
saya CINTA dan juga mungkin CINTA terakhir saya?

#Awak nukilan ni juga khas untuk awak ikhlas dari hati sy.

Thanks For Reading :)

Monday 7 May 2012

Mencari ketenengan .

YA ALLAH......
Aku sedih dalam dugaan yang ENGKAU beri padaku....
Aku sedih dalam tawaku....
Aku termenung Mencari ketenangan buat hatiku yang terluka....
Aku Sepi tanpa CintaMU...

WAHAI TUHANKU....
Aku lemah dan tidak berdaya...
Aku Kecewa dalam Cintaku....
Aku kecewa dalam tugasku..
Aku kecewa dalam jalanku...
Aku sepi tanpa CintaMU.......

ALLAH...ALLAH...ALLAH...
Mengapa hatiku tidak dapat tersenyum...
Mengapa hatiku tidak dapat tertawa...
Mengapa hatiku sedih dan sunyi...
Mengapa air mataku tidak henti mengalir...

YA ALLAH..
Menitis air mataku tanpaku menyedari melihat keindahan ciptaanMU...
Menitis air mataku mendengar laungan azan...
Menitis air mataku berderai di pipiku... Apabila malam ku jaga Hanya untukMU ....
Menitis air mataku tidak tertahan.. apabila mengenangkan ujian KekasihMU Rasullulah..
menitis air mataku pabila aku terkenang waktu kecilku....

YA ALLAH,
Hadirkanlah cintaku padaMU...
Bimbinglah hatiku untuk terus berlari mengejar cintaMu..
Bantulah aku YA ALLAH...
Berikan aku pertunjukMU....
Berikan aku RahmatMU....
Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik pemberi Rahmat dan Petunjuk..

YA ALLAH,
Aku tahu Engkau lebih MAHA MENGETAHUI diriku..
aku tiada tempat mengadu melainkan padaMU...
Aku Mohon,,,,
Berikan hatiku ketenangan....
Janganlah ENGKAU dugai aku.. Sehingga aku tidak dapat menerimanya..
Sesungguhnya.. Engkaulah yang ku Cinta..
Dan...
MencintaiMU adalah KEKAL....Ya Robbul Izzati..
 AMEEN~

Thanks For Reading :)