Sweet Snow

Wednesday, 21 December 2011

Hati , Tolong Kuat .

Pahitnya Sebuah Hakikat .

 Hati . . knapa mudah terusik ?
knapa hati ini mudah kecewa ?
knapa hati ni mudah tersentuh ?
kenapa rasa kat dalam dada ni , rasa sakit sangat , teramat sakit . .
hati ni berdegup laju ,
hati ni berdebar-debar ,
hati ni bagaikan koyak rabak ,
hati ni , sungguh , bergetar hebat . .

wahai hati , tahukah kamu ?
mata ni rasa hangat ,
ade takungan yang muncul ,
lalu mengalir laju turun ke pipi ,
dan semakin lama semakin deras ,

hati . . jangan kecewa ,
hati . . jangan terluka ,
hati . . jangan rebah .

mata . . jangan menangis ,
mata . . tolonglah berhenti meratapi ,
mata . . pertahankan deriamu .

 wahai hati . . aku mohon agar kau kuat .
wahai hati . . ku mohon kau kental .



wahai hati . .
mata ni kerap menangis .
terlalu kerap membasahi hati dan jiwa .
mata ni tak pernah kering dari air mata .
pipi ni setiap hari menjadi laluan derasnya air mata . .


hati . . janganlah sedih . .
nanti mata menangis .
hati . . jangan la sedih .
nanti jiwa lemah longlai .
   

hati , tolonglah kuat . .
jangan mudah terusik .
jangan mudah kecewa .
jangan mudah melatah .



hati , aku tau kau sakit . .
hati ni milik Allah , pinjaman dariNya .
Allah kan ada . .
ngadulah  pada Dia ,
nangislah dalam sujud kepadaNya .
Dia ada disisi HambaNya . .


hati . .
ingatkan jasad yang bersamamu ini bahawa ,

cukuplah Allah baginya .
cukupllah Allah segalanya .
cukuplah Allah yang berkuasa ke atas hati-hati yang Dia cipta .
cukuplah Allah yang dapat memberikan kebahagiaan kepadanya .


hati . .
katakan pada jasad yang bersamamu ini bahawa ,
Ingati Allah ,
rapati Allah ,
kejarlah cinta Allah ,
cinta si pemilik jiwa hambaNya .
kerana Allah pemberi kepada rasa cinta dan sayang . .

 hati , aku mohon kau kuat . .


✿..HATI , KAU KENA KUAT..✿


❤¸¸.•» HATI . . . kau kena kuat , jangan cepat mengalah . . jangan cepat
melatah, kalau kau kuat , insyALLAH . .
tidak ada apa-apa yang boleh buat kau goyah . .

❤¸¸.•» HATI . . jangan kecewa . . manusia lain mungkin tidak tahu apa
yang kau rasa tapi Allah sentiasa ada . .
sentiasa bersedia untuk kau kembali kepadaNya . .
❤¸¸.•» HATI . . Allah tidak akan uji kau kalau Dia tahu kau tidak
mampu untuk menghadapinya . . .
Allah tahu kau kuat , setiap kali kau jatuh akibat kekecewaan dunia ,
bangunlah kau menghadapNya . .
DIA uji kau kerana mahu kau sentiasa sedar ,
yang cinta kau itu hanya milikNya . .

❤¸¸.•» HATI . . kau jangan menangis . .
kau jangan sedih . . Allah kan ada . .
Hati yang KUAT akan memandang segala-galanya secara positif . . :-)
  
 Jangan Bersedih Wahai Hati .

 Aku Harapkan PertolonganMU .

 :-)

Thanks For Reading :)

Tuesday, 20 December 2011

Miss !

oke . malam nih aku rasa sedikit tak betol . hahaa . 
aku rindu nak makan biskut dahlia .
ouh ! laparrr .
hahaa . rasa mcm da bertahun tak raya erk .
tiba2 nak mkn kuih raya plak .
gini la jadi nye bila tgh bosan and bosan then bosan .
mcm2 aku pk .
huhuu .

         Aku : ma , siti nak mkn kuih dahlia . boleh tolong buatkan ? rindu la nak mkn kuih raya .
         My Mom : siti nih . mengarot ape tgh2 ary gini ?
         Aku : hehee . bosan laa .

haha . tgh ary tadi aku call mama aku . then aku ckp pasal biskut dahlia nih .
mak aku ckp aku mengarot . huhuu .
mmg mengarot pun .

Ouh biskut dahlia . aku rindu sama kamu ! hahaa .  gile meroyan !

Rindu kau la sayang ! ^_^

Thanks For Reading :)

Sunday, 18 December 2011

KAU Maha Mengetahui .

Ya Allah,
Seandainya rindu ini suci maka terbitkanlah,
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah,
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah,
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah.
Kudambakan keredhaanMu..
Ya ALLAH,
hanya kau yang tahu apa yang aku rasa saat ini..
Aku tidak jemu berdoa kepadamu meminta petunjuk..
Andai rasa kasih ini dapat menenangkan jiwa kau berkatilah ia,
Andai rasa rindu ini yg kau kehendaki,
kau teruskanlah titip rasa rindu itu dalam hati ini,
akan setia menunggu andai itu yang tertulis.


Thanks For Reading :)

Thursday, 15 December 2011

For My Mom .


Ma ,
Siti lahir tanpa apa-apa ,
Ma lah yang mengajari t segalanya ,
Membesarkan t dengan segala upaya ,
Berharap siti kan jadi orang yang berguna .

Ketika siti menangis dalam takut ,
Ma lah yang menenangkan t ,
Dan ketika siti jatuh sakit ,
Ma lah yang selalu berada di samping t .
 
Ma menegur t ketika siti salah ,
Ma mengingatkan t ketika siti lupa ,
Ma penghibur t ketika siti sedih ,
Ma lah yang menyembuhkan t ketika siti terluka .


Ma ,

Kini siti telah dewasa ,
Berusaha mengejar dan meraih cita-cita ,
Berharap kan menjadi orang yang berguna ,
Demi mewujudkan harapan dan impian keluarga .

Terima kasih ma ,
Ma lah segalanya bagi t ,
Tanpa ma kini siti bukanlah apa-apa ,
Kasih ma pada t tak kan terbalas sepanjang masa .

 Siti rindu ma !

Thanks For Reading :)

Dad , You Have To Know This .

 
 
DEAR DAD,
no matter where i go in life .
who i get married to .
how much time i spend with my friends .
how much i might love anyone .
you'll always be my number one man .
you are the first ever man a girl can trust .
sincerely ,
your little girl love you always and ever .
love you dad till my last breathe . <3
 
 
 
DAD
i dont tell you often enough but i really love you .
you're a such an important person in my life .
and i appreciate all that you do for me .
thanks for all the sacrifies you're made .
please know that they dont go unnoticed . <3
 
 

Thanks For Reading :)

Tuesday, 13 December 2011

Doa Dan Harapanku .

Doaku semoga kita berjaya didunia dan akhirat , berjaya mengharungi segala dugaan dan cabaran bersama , yang sememangnya menguji kekuatan iman , kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang . semoga cinta yang dicari telah ditemui . semoga Allah meletakkan kita dibawah payung rahmat kasihNYA . insyaALLAH . 

Ameen~

Aku sering mengangankan untuk membina istana indah . dia sebagai raja dan aku sebagai ratu . biarpun istana kami hanyalah pondok kecil , aku tahu bahagiaku ada disitu .
yang dinanti bukanlah lamaran dengan batu permata , cukuplah akad dan janji setia .
andai yang terjadi tak sama dengan ketentuan hati , aku redha dengan ketetapan Ilahi . :-)

cintaku hanya untukmu wahai zauji . :-)

Thanks For Reading :)

Friday, 9 December 2011

Hati Seorang Wanita .

 
 
Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya…

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….

Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..

Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!




Thanks For Reading :)